Sunday, December 5, 2010

Bisnes Tupperware

Nasib baik berjaya bangun pagi hari ni. Kalau tidak confirm terbabas. Tapi bila memikirkan yang segala jenis bos bercuti terus bersemangat nak pergi kerja. Buruk sungguh perangai. Haaa....hari ni pukul 11 nak berlari ke kedai Tupperware sebab nak kejar year end promotion. Ramai yang mengirim nih. Almaklumlah mengejorkan yang murah. Tiba² pulak aku bersemangat membuat bisnes Tupperware ni. Harap² jangalah hangat² chicken shit...wakakakaka. Yang membuat kan tetiba bersemangat adalah kerana....jeng..jeng..jeng...

Awal bulan doblas ritu balik JB. Bila tengok katalog baru macam² benda yang menarik hati. Tapi memikirkan yang kami sekeluarga dekat JB masa tu. Teruslah dengan gelojohnya mencari kedai Tupperware yang berdekatan. So yang paling dekat adalah di Taman Pelangi. Berusahalah memujuk Incik.Suami ke sana. Bila dah sampai tu Subhanallah service..punyalah bang%&t!! Dahlah tak greet customer. Sibuk melayan telefon. Lama jugak menunggu sampai Incik.Suami dah bersuara "Laa..kenapa awak x cakap??" Aku pun dengan selamba ladak nya.."Abeh sibuk melayan telefon. Tengok muka pun tidak!!" depan nyonya tua tu jugak aku bersuara. 

Terus dengan bersemangatnya aku meracun kawan aku yang kat Johor tu buat bisnes bersungguh² sampai boleh buka kedai Tupperware. Kat BBU pun jadiklah...Bukan apa. Punyalah besor JB tu satu kedai aja yang paling dekat. Yang lagi dua jauh. Dekat Taman Molek dengan Bukit Tinggi. Terus bersemangat!!