Sunday, November 28, 2010

Sabtu Yang Memenatkan.....

Hari Sabtu yang lepas, ingatkan nak bawa anak² ke Taman Rama-Rama, KL (http://visit-to-kl.com/visit/butterfly%20park.html) tapi 500m sebelum Tol Sg.Besi dah stranded satu family. Daripada pukul 11.30 sampailah pukul 12.30 baru lah dapat melepasi tol. Nampak orang Propel buka line sebelah, terus kami cilok u-turn..free² aja bayaq kat PLUS RM3.60....hehehehe. Terus tukaq plan p Alamanda. Memandangkan hari tu ada jemputan house warming kat Taman Suria Tropika kami pun membuang masa di Alamanda. Tapi jangan salah faham, sambil anak² membuang masa, maknya pi survey kelengkapan sekolah anak². Almaklumlah, tahun depan 3 orang yang nak kena pi sekolah. Tepat jam 1.30pm perut masing² dah berkeroncong...teruslah bergerak ke rumah member kat sana. Sedang elok aja sampai terus mentakedarah. Nama pun dah lapar, sungguh² la makan sampai berkali-kali menambah.

Makan dah siap, minum pun sama, melawat rumah orang pun included, Incik Suami pun ajaklah bergerak. On the way balik ke Putrajaya nampaklah orang ramai berpusu-pusu ke MAHA 2010. Ramainya manusia, dengan yang berebut parking nya lagi. Jalan sebelah sana dah mula stuck dah. Dalam pada tu, nampakla semua manusia yang nak ke MAHA tu sambil mengheret anak² kecik. Alahai...dah la panas terik, isk..dengan budak kecik lagi. Mau demam dibuatnya budak² tu. Part tu yang tak berapa gemar sebenarnya.....dah tau ada anak kecik. Duduk ajelah kat rumah..

Lepas merehatkan diri, lebih kurang pukul 6 gitu, the whole family pi menghantar sang bibik ke Pulau Meranti. Sibuk nak bercuti. Lepas tu kitorang pun sambung berjalan ke Bangsar. Dah lalu highway Bangsar tu apa lagik singgah pi beli nasik lemak and ayam panggang la kat Pantai Dalam. Confirm lapar bila sampai kt sana. Nikmatnya rasa dapat membalas dendam makan nasik lemak and ayam panggang. Teringat dulu² keluar dengan Jijah n Mariana.....

Sunday, November 21, 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Sesudah sekian lama tidak menulis baru hari ini berkesempatan. Bukan apa bila ada anak kecik ni memang susah nak mendisiplinkan diri. Especially bila si kecik tu ngempeng 24 jam. X pe lah, dah kebetulan rezeki si kecik ni air susu banyak. Alhamdulillah tak putus². Semalam kanak² semuanya berhasrat nak tido di bilik kakaknya. Yelah semua kelengkapan dah sedia  cuma maknya aja yang belum memberi kebenaran rasmi. But i think it's about time to let them sleep in their own bedroom. Senang sikit mak abahnya *wink wink*..Nak dijadikan cerita Incik.Suami memang x nyenyak tido la bila anak²nya tiada dipandangan. Perasan jugak bila dia bangun and check the kids room. Adalah 2-3 kali dia bangun...hehehehe...

Pagi semalam bangun aja terus tukar uniform sebab nak cuci kereta. Bila tiba kereta kedua Incik.Suami bangun dah and said to me "Jom jogging!" I told him I already had my excercise..hahahaha....Yelah..ingat x berpeluh bagai ke membasuh kereta. Ini pun dah sakit pinggang and segala joints. Padan muka..hehehe. Siap wax tayar lagi bagi ia shining. Bila dah basuh kereta terfikir la pulak macam x worth it nak cat semula kereta tu. Sebab semua getah nya pun dah x elok. Confirm kena buat banyak. Kalau macam ni kena tukar strategi la nampak gayanya. Tapi bila memikirkan nak tambah hutang, adeh sungguh bercinta.

Tuesday, November 9, 2010

Soalan Cepumas...

Hari ni macam biasa bangun pagi pukul 6.30. Selepas mengejutkan dan mengerahkan The First Daughter tu mandi, solat ler maknya yang sorang nih..The Little Miss dah kena masuk buaian dah. Siap kakaknya mandi kejutkan pulak The 2nd Son tu nak amik giliran penggunaan bilik air. Sedang dalam mengeringkan badan, dia pun tanya soalan cepumas..

The 2nd Son: Mama..mama..kalau lepas adik dah hisap susu mama tu kan. Ia (breast) jadik kecik macam ni eh?? (sambil menunjukkan tits di badannya)
Mama: Wakakakakaka....memanglah kecik tapi tidaklah se-flat itu!!!!

Adooiiiyyaaiii...anak² zaman sekarang ni. Macam ni punya soalan pun ada. Masa zaman kecik² dulu x dek nya berani nak bertanya soalan yang ntah apa². Mau kena makan pelempang la gamaknya. Untuk dinner semalam..disebabkan maknya kekeringan idea nak masak apa keluarlah menu malas iaitu Kuah Pindang, Kacang Panjang Goreng Pedas, Sambal Belacan n Ikan Goreng. Tengok budak² tu selera aja makan...kira oklah menu tu dak..hehehehe

Gambar makanan?? Alamak..dah lama x amik gambar makanan...nanti lepas² ni insyallah ada..eh!!

Monday, November 8, 2010

MIL is in town!!!!! heheheheheh

Di sebabkan cuti panjang, (x terasa pun sebenarnya) saya memang x berkesempatan nak mengupdate blog. Bila dah dekat rumah tu, hatta handphone berbunyi sekalipun tidak dihiraukan..hahahahaha. Hari Jumaat yang lepas pergi ke Bangsar. Almaklumlah MIL ada dekat sana so pergi le dengan rombongan Cik.Kiah nya...tapi The Little Miss tinggal. Awalnya memanglah plan nak singgah sampai pukul 11 aja. Tapi disebabkan kerahan tenaga (memasak) pukul 2 lebih baru balik. Itupun sebab Incik.Suami nak kena pergi kerja. Kalau tidak lama lagilah jawabnya. Petangnya pulak pergi Pasar Tani sebab nak carik ikan pari. MIL terhingin nak makan ikan pari asam pedas buh bendi n daun kesum. Saha lah menantunya nan sorang ini meredah keterikan panas petang kat Malaysia ini semata-mata nak cari ikan..nak carik ikan...

Esoknya pepagi dah pulun menumis. Tunggu Incik.Suami balik dari kerja barulah menuju ke Bangsar nak hantar lauk pauk segala itu. Kali ni semua kekanak dihangkut sekali. Memang dah jadi habit bila ada sanak saudara sampai, eating course tu akan include breakfast, lunch, tea, dinner, n supper...apa yang ada tu kita keluarkanlah....So jejak aja jam didinding tu pukul 3 terus ajak Incik.Suami meronda mencari goreng pisang ka, kueh ka, jemput² ka..x kira la kat rumah siapa pun. Rasa x sedap pula kalau ada tetamu tapi sampai aja waktu² diatas tuan rumah buat muka seposen....hehehehe So dapatlah tetamu² kami tu pekena goreng pisang panas n secawan kopi (disediakan oleh birasku) walaupun bukan dirumah sendiri. Next time I load gambar MIL n FIL eh..

Wednesday, November 3, 2010

Bahasa Melayu dan Buku Teks...wakakakaka

Lama sungguh tidak meng'update' blog ku ini..itulah satu² benda yang amat susah untuk di buat..3 hari yang lepas ni dok attend Secure Programming Course...itu yang tak berkesempatan nak update. Lagipun, bila dah sampai rumah terus dah tak boleh buat kerja lain. Menghadap si kecit kenet tu ler. Itu tak masuk diserang flu. Disebabkan kerana course berbayar, tak boleh MC. Pergi la jugak course tu dengan fever and running nose.

Yesterday, while watching the 8 o'clock news, my daughter ask me..

The 1st Daughter: "Mama, how do we make a cookies??"
Mama: "Kita guna tepung, gula, mentega, telor......"
The 1st Daughter: "Mama..can u speak in English"
Mama: ...gulp..."We need butter, flour, sugar, egg....bla..bla.."

Wakakaka....padan muka mak dia. Patutlah paper BM anak ku itu sangat mengecewakan. Macamana nak bagi betul balik ni..nak kena suruh baca buku banyak-banyak la ni. Lepas tu The 1st Daughter keluarkanlah sebeban buku teks untuk tahun 3. Maknya pun beleklah semua buku² sebab nak registerkan nombor perolehan dengan kod bagai dalam form yang cikgu bagi. Tapi punyalah rasa sedih, sebab condition buku² teksnya, Subhanallah...macamana la anak² nak ada mood baca buku. Macam kain buruk semuanya. Siap yang dah ada terendam dengan air pun ada. Apalah salahnya digantikan dengan yang baru. 

Nilah problemnya dengan orang Malaysia, bila suruh beli buku teks sendiri, merungut kata mahal..dh bagi subsidi buku teks x pndai jaga..masalahnya bukan anak diorang sorang ajek yg pakai...share dgn anak org lain tau!! Teringat dulu ada orang memberitahu, kalau kita nak tengok perangai orang kita tengok tandasnya. Macamana keadaan tandas tu macam itulah perangai orangnya. Conclusionnya.....condition buku teks tu melambangkan perangai mak, bapak n anak²nya....heheheheh